May 06
FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 2
1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT Add commentsFADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 2
Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Recent Comments