Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

BAB 1

AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH

Dalam bab ini, saya akan mengutarakan terjemahan beberapa ayat al-Quran yang diberkati yang mengandungi penekanan dan galakan terhadap tabligh dan amr-bil-ma’aruf. Menerusi ayat-ayat ersebut dapat dianggarkan betapa ALLAH Subhanahu Wataala begitu mengambil berat terhadapnya sehingga Dia mengulanginya berkali-kali menerusi firmanNya yang suci dengan berbagai-bagai gaya. Lebih kurang enam puluh ayat yang mengandungi galakan terhadap amr-bil-ma’aruf dan penekanan sifat-sifat da’ie (pendakwah) telah saya temui. Sekiranya seseorang itu lebih teliti, mungkin lebih banyak lagi ayat yang akan ditemuinya. Oleh kerana pengumpulan semua ayat tersebut akan memanjangkan risalah ini maka memadailah dengan beberapa ayat sahaja.

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 1

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »


AYAT 1

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ 

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

(al-Fussilat: 33)

Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 2

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 2

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(az-Zariyat: 55)

Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 3

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 3

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡہَا‌ۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقً۬ا‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ‌ۗ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Taha: 132)

Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 4

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 4

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(Luqman: 17)
Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 5

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 5

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-‘Imran: 104)
Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 6

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 6

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

(Ali-‘Imran: 110)

Read the rest of this entry »

Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 7

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH No Comments »

AYAT 7

لَّا خَيۡرَ فِى ڪَثِيرٍ۬ مِّن نَّجۡوَٮٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَـٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

(an-Nisa’: 114)

Read the rest of this entry »

Bayan Penutup Jord Sri Petaling dan Doa dari Maulana Ibrahim

DOWNLOAD 1 Comment »

Bayan masa perhimpunan rakan-rakan seusaha pada 5,6, dan 7 jun 2008.

Click Here for download

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio