Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 7
3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add commentsAYAT 7
لَّا خَيۡرَ فِى ڪَثِيرٍ۬ مِّن نَّجۡوَٮٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَـٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
(an-Nisa’: 114)
Keterangan:
Dalam ayat ini, ALLAH Subhanahu-Wataala telah menjanjikan kepada orang yang melakukan amr-bil-ma’aruf dengan ganjaran yang besar. Jika ganjaran yang dinyatakan oleh ALLAH Subhanahu-Wataala sendiri sebagai yang besar maka kita tidak dapat membayangkan kadar kebesarannya. Dalam menafsirkan ayat ini ada satu hadith yang diriwayatkan bahawa nabi saw telah bersabda, “Setiap kata-kata seseorang itu menjadi beban untuknya kecuali amr-bil-ma’aruf ataupun zikrullah.” Dalam hadith yang lain Baginda saw bersabda, “Mahukah aku khabarkan kepada kamu sesuatu yang lebih afdhal daripada solah sunat, puasa dan sedekah?” Para sahabat R.Anhum bertanya, “Apakah itu ya Rasulullah? Khabarkanlah kepada kami.” Nabi saw telah bersabda, “Damaikanlah antara sesama manusia kerana pertelingkahan antara satu sama lain itu memusnahkan ganjaran pahala seperti mata pisau pencukur rambut.” Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan kepentingan usaha mendamaikan sesame manusia. Namun, di sini bukan tempat untuk menerangkannya. Di sini hanya hendak dijelaskan bahawa mendamaikan sesama manusia termasuk dalam usaha amr-bil-ma’aruf. Oleh itu apa-apa cara yang mungkin dilakukan untuk mendamaikan sesama manusia sangat perlu diambil berat.

Recent Comments