Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 5
3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add commentsAYAT 5
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-‘Imran: 104)
Keterangan:
Allah Subahanahuwa Taala telah perintahkan satu perkara yang penting dalam ayat yang mulia ini. Iaitu hendaklah ada satu jemaah di kalangan umat Islam yang khusus untuk menyeru orang Islam kepada Islam. Sebenarnya perintah ini adalah untuk orang Islam tetapi yang menyedihkan ialah perintah ini telah kita tinggalkan secara menyeluruh. Sebaliknya orang bukan Islam telah mendukung perintah ini dengan begitu teguh sekali. Terdapat golongan khusus di kalangan orang Nasrani yang menyebarkan agama mereka ke seluruh dunia. Demikian juga, ada agama lain yang mempunyai petugas-petugas yang khusus untuk menyebarkan agama mereka. Adakah terdapat jemaah seperti ini di kalangan orang Islam? Sekiranya jawapan yang diberi ialah ‘ada’ maka sukar untuk kita membenarkannya. Ini kerana jika ada mana-mana jemaah atau orang perseorangan yang bangun untuk tujuan tersebut maka bukan bantuan yang mereka dapat, sebaliknya bantahan-bantahan yang sebegitu rupa dilontarkan kepada mereka sehingga menyebabkan usaha mereka terhenti, kalau tidak pada hari ini, mungkin pada suatu hari nanti. Sepatutnya kita membantu mereka dan membaiki mana-mana yang kurang. Sebaliknya diri kita sendiri tidak mahu melakukan usaha-usaha menyebarkan agama malah menjadikan orang yang melakukan usaha ini sebagai sasaran bantahan seolah-olah menghalang mereka daripada menyebarkan agama.

Recent Comments