Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 4

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add comments

AYAT 4

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(Luqman: 17)

Keterangan:

Dalam ayat yang mulia ini, beberapa perkara yang utama disebutkan dan semamangnya perkara-perkara tersebut sangat penting. Perkara-perkara tersebut merupakan perantaraan untuk segala kejayaan umat Islam tetapi perkara itulah yang selalu kita abaikan. Tidak payah kita sebut tentang ‘amr-bil-ma’aruf’ kerana sudah hampir ditinggalkan oleh setiap orang. Tambahan pula, kecuaian terhadap solah pun semakin berlaluasa. Sedangkan solah merupakan amalan yang paling penting dalam semua ibadat dan dari segi kedudukannya solahlah yang paling utama selepas iman. Tidaklah payah disebutkan tentang mereka yang langsung tidak bersolah, orang yang bersolah pun tidak mengambil berat terhadap solah secara sempurna, khasnya terhadap solah berjemaah yang telah dibayangkan dalam al-Quran dengan perkataan “Iqomatis-sholah” ‘mendirikan solah’. Hanya orang miskin sahaja yang berjemaah di masjid. Orang kaya dan berkedudukan tinggi seolah-olah berasa malu untuk ke masjid.

“Hanya kepada Allah Subahanahuwa Taala tempat mengadu”

“Perkara yang memalukanmu sebenarnya menjadi kebanggaanku”

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in