Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 3

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add comments

AYAT 3

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡہَا‌ۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقً۬ا‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ‌ۗ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Taha: 132)


Keterangan:

Ada banyak hadith yang memberitakan bahawa apabila Rasulullah SAW menasihati seseorang untuk keluar daripada kesempitan hidup, Baginda saw akan menekankan tentang solah dan membacakan ayat yang tersebut di atas. Ini menunjukkan bahawa kemurahan rezeki bergantung kepada kesungguhan mengerjakan solah. Para ulama menulis bahawa dalam ayat ini, perintah supaya menyuruh ahli keluarga mendirikan solah disertakan dengan perintah supaya tekun bersabar mengerjakannya adalah kerana dengan cara sedemikian itu lebih bermanfaat. Sekiranya tabligh (dakwah) dilakukan di samping bersungguh-sungguh mengamalkan segala yang disampaikan maka akan menyebabkan orang lain lebih terkesan serta lebih mengambil berat untuk mengamalkannya. Oleh itu para nabi alaihi-salam diutuskan sebagai petunjuk dan contoh teladan secara amali kepada manusia, supaya mudah untuk manusia beramal dan tidak timbul kekeliruan bahawa satu-satu perintah Allah Subahanahuwa Taala itu adalah susah untuk diamalkan.

Hikmah di sebalik janji rezeki (selepas perintah mendirikan solah) dalam ayat di atas adalah kerana dengan menjaga solah, kadang-kadang pada zahirnya akan menyebabkan kerugian dalam pendapatan, khususnya kepada peniaga, pekerja dan seumpamanya. Oleh kerana itu, andaian tersebut telah disangkal oleh Allah Subahanahuwa Taala dengan menyatakan bahawa, “Kamilah yang member rezeki kepadamu”. Kenyataan ini semuanya berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Selepas itu, sebagai suatu peraturan yang jelas danmenyeluruh, Allah Subahanahuwa Taala menyatakan bahawa kesudahan yang baik (di akhirat) hanya untuk orang yang bertakwa, tiada sesiapa yang dapat berkongsi kesudahan yang baik itu dengan mereka.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in