Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 2
3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add commentsAYAT 2
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(az-Zariyat: 55)
Keterangan:
Para mufassir menyatakan bahawa ayat ini ialah memberi peringatan (berdakwah) dengan cara membacakan ayat-ayat al-Qur’an. Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas. Malah dengan cara tersebut manfaat akan diperoleh oleh orang kafir juga kerana insya-Allah, dengan sebab itu mereka akan menjadi orang yang beriman dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Manfaat dakwah melalui ceramah dan nasihat pada zaman kita ini sudah hampir luput. Secara umumnya, maksud ceramah adalah untuk menunjukkan kelancaran lidah supaya mendapat pujian daripada para pendengar. Sedangkan nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda, “Sesiapa yang mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya maka pada hari kiamat nanti ibadatnya, sama ada yang fardu mahupun yang sunat, tidak akan diterima.”

Recent Comments