Fadhilat Tabligh BAB 1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH AYAT 1
3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.1 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG TABLIGH Add comments
AYAT 1
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
(al-Fussilat: 33)
Keterangan:
Para mufassir menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyeru manusia kepada Allah Subahanahuwa Taala dengan apa-apa cara sekalipun maka dia berhak mendapat berita gembira dan penghormatan yang tersebut. Misalnya para nabi Alaihis-Salam menyeru dengan mukjizat dan sebagainya, para ulama dengan dalil dan hujah, para mujahid dengan pedang dan para muazin dengan azan. Ringkasnya sesiapa sahaja yang mengajak manusia kepada kebaikan maka dia termasuk dalam maksud ayat ini, sama ada dia mendakwah kepada amal-amal zahir atau kea rah amal-amal batin, sebagaimana masyaikh sufi menyeru manusia kepada ma’rifatullah.
Para mufassir jiga menulis bahawa ayat “innani~ minal-muslimiin” menunjukkan bahawa seseorang penganut Islam harus berbangga menjadi umat Islam dan dia harus berasa bangga bahawa Islamlah asbab kemuliaannya. Dia harus menyebut dengan bangga keistimewaannya dan kemuliaan yang telah didapati melalui Islam. Sebahagian mufassir pula mengatakan bahawa meksud ayat di atas ialah seseorang yang mampu berceramah, member nasihat dan berdakwah tidak harus menganggap dirinya seorang yang mulia dan tinggi sebaliknya dia haru merendah diri dengan mengatakan, ‘Saya hanyalah seorang Islam yang biasa.’

Recent Comments