Fadhilat Tabligh BAB 2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH HADITH 2

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH Add comments

HADITH 2

Daripada Hazrat Nu’man bin Bashir RA, Rasulullah saw telah bersabda,

“Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam ALLAH Subhanahu Wataala dan orang yang melanggarinya adala seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas.” Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencagah) orang di bawah maka mereka semua (sama ada yang di atas mahu pun yang di bawah) akan selamat.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Keterangan

Sekali ada sahabat RA bertanya kepada nabi saw. “Apakah mungkin kami akan musnah dan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang soleh lagi bertakwa?” Nabi saw menjawab, “Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela.”

Kemunduran dan kemerosotan umat Islam pada masa ini telah diketahui umum. Pelbagai rancangan baru telah diperkenalkan sebagai cara memperbaiki keadaan tersebut. Namun demikian, sama ada orang yang berpendidikan agama atau orang yang berpendidikan moden, tidak terlintas pun dalam fikiran mereka tentang penyakit umat yang telah diberitahu oleh tabib yang hakiki dan pendidik yang pengasih (Nabi Muhammad saw). Apakah rawatan yang telah ditetapkan oleh Baginda saw dan setakat mana kita mengamalkannya? Tidak ada kezaliman yang lebih dahsyat lagi, apabila punca dan asbab yang telah menyebabkan penyakit digunakan pula sebagai ubat penawar (yakn untuk kemajuan umat Islam, ajaran Islam dicuai-cuaikan, sebaliknya pendapat dan fikiran sendiri digunakan. Sedangkan perkara inilahyang telah menyebabkan kemunduran kita). Oleh itu, keadaan yang demikian telah mmpercepat ajal si pesakit lagi.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in