FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT, Uncategorized No Comments »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu ‘Uthman RA katanya, “Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur.

Kemudian beliau berkata kepada saya, ” Wahai Abu ‘Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?” Saya bertanya, “Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?” Beliau menjawab, “Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama Baginda SAW di bawah sepohon pokok.

Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, “Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?” Sahutku, “Beritahulah mengapa tuan berbuat begini?”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.” Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.” (Hud : 114)

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in