FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN KEDUA (AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAH) - HADITH 1

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.2 BAHAGIAN 2 - AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YAN 1 Comment »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN KEDUA (AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAH) - HADITH 1

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabar bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur,” Dalam riwayat yang lain, “Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll.)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 4

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT No Comments »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 4A

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,

Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”

Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 4B

Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT, Uncategorized No Comments »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu ‘Uthman RA katanya, “Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur.

Kemudian beliau berkata kepada saya, ” Wahai Abu ‘Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?” Saya bertanya, “Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?” Beliau menjawab, “Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama Baginda SAW di bawah sepohon pokok.

Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, “Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?” Sahutku, “Beritahulah mengapa tuan berbuat begini?”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.” Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.” (Hud : 114)

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 2

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT No Comments »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 2

Hazrat Abu Zar RA berkata,

“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 1

1.0.0 FADHILAT SOLAT, 1.1.0 BAB1-KEPENTINGAN SOLAT, 1.1.1 BAHAGIAN 1 - KELEBIHAN SOLAT No Comments »

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 1

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Islam dibina di atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

FADHILAT AL-QUR’AN - HADITH 10

2.0.0 FADHILAT AL-QUR'AN No Comments »

FADHILAT AL-QUR’AN

Hadith 10

Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

FADHILAT AL-QUR’AN - HADITH 9

2.0.0 FADHILAT AL-QUR'AN No Comments »

FADHILAT AL-QUR’AN

Hadith 9

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)

FADHILAT AL-QUR’AN - HADITH 8

2.0.0 FADHILAT AL-QUR'AN No Comments »

FADHILAT AL-QUR’AN

Hadith 8

Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”

(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)

FADHILAT AL-QUR’AN - HADITH 6

2.0.0 FADHILAT AL-QUR'AN No Comments »

FADHILAT AL-QUR’AN

Hadith 6

Hazrat Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)

FADHILAT AL-QUR’AN - HADITH 5

2.0.0 FADHILAT AL-QUR'AN No Comments »

FADHILAT AL-QUR’AN

Hadith 5

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan ALLAH TAALA) siang dan malam.”

(Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi, dan Nasai)

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in