Fadhilat Tabligh BAB 2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH 1 Comment »

BAB 2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH

Dalam bab ini akan disebutkan sebahagian daripada hadith-hadith yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Bukanlah tujuan saya di sini untuk menghimpunkan semua hadith dan sememangnya perkara ini di luar kemampuan saya. Sekiranya banyak hadith dan ayat yang dihimpunkan maka ditakuti tiada sesiapa yang akan membacanya. Dewasa ini siapakah yang sanggup melapangkan masa untuk membaca perkara seperti ini? Oleh itu, untuk menyampaikan dan menunjukkan kepada kita betapa Nabi saw member penekanan terhadap tabligh dan betapa keras amaran Baginda saw apabila usaha tabligh ditinggalkan maka memadailah dengan beberapa hadith sahaja.

Fadhilat Tabligh BAB 2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH HADITH 1

3.0 FADHILAT TABLIGH, 3.2 HADITH-HADITH TENTANG TABLIGH No Comments »

HADITH 1

Hazrat Abu Sa’id al-Khudri ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya.” 

(Dipetik dari kitab at-Targhib, riwayat Muslim, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah.)

Read the rest of this entry »

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in